
Kebiasaannya selepas bersalin pasti ramai ibu-ibu yang nak kan kembali bentuk dan berat badan seperti sebelum bersalin. Oleh itu, saranan yang selalu diberikan ialah jaga pemakanan dan senaman. Namun, dengan kehadiran si cilik, pastinya sukar untuk menjalankan rutin-rutin senaman terutamanya di luar rumah kerana tiada siapa yang mampu menguruskan si bayi.
Sekarang tiada alasan lagi! Kak B akan kongsikan beberapa senaman yang boleh dipraktikkan bersama bayi anda. Pastinya dengan aktiviti ini bukan sahaja anda dapat bersenam, tetapi dapat juga mengeratkan lagi hubungan bersama anak-anak anda.
Bersenam Ketika Di Luar.
Senaman Berjalan Kaki / Berlari
Sumber gambar: watchfit.com
Jangan pandang rendah dengan senaman jenis ini, kerana
senaman jenis ini mampu:-
- Menyihatkan
jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
- Mengawal
tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
- Berjalan
meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan
membantu melancarkan aliran darah.
- Mengawal
berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
- Berjalan
membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih
ceria dan sihat. Selain itu, dengan bantuan hormon ini membantu
pengeluaran susu ibu.
- Dapat
meluangkan masa bersama bayi anda, juga dapat menikmati udara luar.
- Meningkatkan
daya pemerhatian, sentuhan dan kemahiran bersosial anak-anak anda.
Senaman ini boleh dilakukan dengan meletakkan bayi anda di
dalam ‘stroller’. Ianya lebih selamat, dan kemungkinan besar bayi akan
tertidur.
Senaman Timang Anak
Sumber gambar: www.momjunction.com
Rasanya ramai yang dah tahu macam mana caranya untuk lakukan
senaman ini kan. Caranya dengan:
- Angkat bayi anda di bahagian bawah ketiak.
- Kemudian luruskan tangan anda.
- Kuatkan otot abdomen apabila anda mengangkat.
- Angkat bayi anda ke atas dengan lambungan
sedikit sahaja.
- Turunkan bayi anda secara perlahan-lahan.
- Ulangi latihan 5-10 kali.
‘Stroller Squat’
Sumber gambar: protips.dickssportinggoods.com
Senaman Squat adalah salah satu senaman kardio, yang membakar banyak kalori dan
membina otot terutamanya otot di bahagian punggung.
- Berdiri di belakang ‘stroller’, genggam bahagian
pemegang dengan kedua-dua tangan.
- Gerakkan punggung ke bawah sehingga keadaan
mencangkung, tetapi pastikan lutut anda tidak melebihi aras jari kaki anda.
- Pastikan gengaman tangan pada pemegang selesa
dan lurus
- Pastikan peha selari dengan lantai
- Tolakkan badan ke atas menggunakan kekuatan
hujung jari kaki anda.
- Tarik nafas semasa menolak punggung ke bawah,
lepas nafas semasa menolak badan ka atas semula.
Untuk Ibu-ibu yang tak biasa senaman ‘squat’ akan terasa senaman ini agak sukar untuk dilakukan. Tapi, sebaik sahaja anda menguasai teknik yang betul, anda boleh lakukannya pada bila-bila masa.
Bersenam bersama-sama dengan anak-anak boleh menjadi sukar. Mereka
mungkin akan bosan dan mula meragam. Jadi anda perlu menenagkan anak anda
dahulu. Selalulah berinteraksi dengan anak anda semasa rutin bersenam untuk mengelakkan
anak anda kebosanan.
Selain itu anak anda berkemungkinan akan meragam lapar. Jadi antara perkara yang anda boleh sediakan ialah snack/baby finger (untuk bayi umur 8 bulan dan keatas) atau baby teether. Untuk penyusuan pula, pakai sahaja baju menyusu yang khas untuk aktiviti senaman. Contohnya seperti baju menyusu Femina ni. Ketika anak meragam lapar, anda boleh terus menyusu bayi anda, hanya #selakdansuap.
Baju Menyusu Femina dari koleksi BondaMilk Active
Tetapi harus diingatkan! Tubuh badan kita selepas melahirkan bayi tidak sama seperti sebelumnya. Jadi sekiranya terasa ketegangan yang melampau sewaktu bersenam, anda dinasihatkan untuk berhenti melakukan rutin senaman tersebut. Sebaiknya dapatkan nasihat dan saranan dari doktor atau jurulatih kecergasan.
Okay, itu sahaja perkongsian Kak B kalini, selamat mencuba. :-D
Leave a Comment