
Rasanya semua kaum ibu pernah merasa situasi ni kan.. Situasi dimana nak
menyusukan anak secara direct feeding ketika berada di luar atau ruangan
terbuka. Terkial-kial, tercari-cari, tersorok-sorok untuk menyusu sampai anak
meraunglah sebab lapar sangat. Alihnya ibu sendiri jugak yang stress dan malu.
Situasi ni jgaklah yang menyebabkan ibu-ibu tak confident bila nak keluar,
kerana takutkan “ adegan-adegan tak terduga” ni...
Jadi Kak B nk share tips macam mana untuk mommies kekal yakin dan tenang bila menyusukan baby di tempat awam
1. Segera tenangkan bayi yang meragam
Kadang-kadang bayi rasa terlalu penat dan cepat meragam. Mommies mesti tenang dan cari tempat yang selesa serta tidak terlalu bising untuk menyusukan bayi. Sekiranya di tempat tersebut ada nursing room, tidak menjadi masalah yang besar. Sekiranya tiada, segera menyusukan anak supaya anak tidak meragam dengan lebih teruk.
2. Tenang dan fokus pada penyusuan.
Jangan rasa panik, malu, atau stress ketika menyusu di tempat awam kerana bayi juga akan turut rasa tekanan itu dan secara tidak langsung akan menyebabkan proses penyusuan tidak berjalan lancar. Mommies kena relax je, tenangkan fikiran, dan jangan terlalu fikir tentang orang sekeliling. Bila mommies tenang, orang pun tak perasan yang mommies tengah menyusu.
3. Pilih baju nursing friendly.
Pilih dan pakai baju nursing friendly sebelum
keluar. Selalunya baju ni ada akses seperti zip, butang atau bahagian selakan
yang akan memudahkan proses penyusuan di tempat awam. Jadi tak adalah terdedah
bahagian yang tak sepatutnya bila mommies nak menyusu nanti. Pilihan paling
popular adalah jenis selak, sebab ianya sangat mudah dan praktikal.
4. Susukan bayi dahulu sebelum keluar di tempat awam.
Atau mommies boleh praktikkan cara ni. Sebelum keluar rumah atau kereta, mommies boleh susukan bayi dahulu supaya bayi tak meragam ketika di luar nanti. Jika bayi sudah mula makan makanan pejal, mommies boleh sediakan snek yang sesuai untuk diberi kepada bayi jika bayi lapar.
Okey itu sahaja perkongsian untuk kalini. Kak B harap ianya dapat membantu mommies kembali yakin untuk terus menyusukan bayi secara direct feeding walaupon ketika di luar. Selamat mencuba :-D
1 Comment(s)
Alhamdulillah. Tips yang bagus dan membantu para ibu yang menyusukan anak. Terima kasih bondamilk.
Leave a Comment